Wednesday 25 February 2015

i. PENDAHULUAN

      Negara yang mengamalkan sistem demokrasi pasti akan mengadakan pilihan raya umtuk mengundi pemimpin yang mereka pilih.Terdapat beberapa definisi ddari pelbagai sumber tentang pilihan raya .Pilihan raya boleh dijalankan dalam mana-mana organisasi samada swasta atau syarikat,kesatuan kerja untuk memilih wakil mereka atau menyelesaikan satu-satu masalah dasar atau badan institusi kerajaan  
   
     .Umum menyifatkan pilihan raya sebagai satu cara membuat pilihan politik melalui undian.Pilihan raya digunakan untuk memilih pemimpin dan menentukan sesuatu isu.Melalui pilihan raya pengundi boleh memilih calon yang dikemukakan ataupun dicadangkan kepada mereka untuk menyelesaikan sesuatu isu-isu masyarakat.

      Menurut kamus dewan bahasa edisi keempat pilihan raya ialah pemilihan umum yang diadakan untuk memilih wakil di parlimen undangan negeri dan sebagainya.Manakala dalam buku 50 fakta asas kenegaraan pilihan raya adalah satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokrasi untuk menetukan penubuhan kerajaan.Baik di peringkat persekutuan atau negeri dan akta pilihan raya 1995 menafsirkan pilihan raya adalah satu pilihan rayaadalah satu pilhan raya parlimen negeri mengikut nama berkenaan(Lembaga Penyelidikan Undang-Undang)

     Di Malaysia sistem pilihan raya yang diguna pakai adalah berdasarkan satu kawasan wakil.Iaitu dimana calon yang mendapat undi yang terbanyak akan diisytiharkan menang.Calon tunggal akan menang tanpa bertanding .Seterusnya pakatan parti yang mewakili jumlah kerusi terbanyak dalam parlimen atau dewan undangan negeri akan menguasai dewan atau parlimen

No comments:

Post a Comment