Wednesday 25 February 2015

1.2 Suruhanjaya Pilihan Raya Dan Pilihan Raya

      Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957mengikut perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.Semasa penubuhanya Suruhanjaya Pilihan Raya dianggotai oleh seorang pengerusi dan 2 orang ahli.Pengerusi pertama suruhanjaya ialah Y.Bhg Dato Dr Mustafa Albakri bin Haji Hassan,manakala ahli-ahlinya terdiri daripada bEncik Lee Ewe Boon dan Encik Ditt Singh
 
      Berikutan dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963 bilangan ahli suruhanjaya ditambah kepada 3 orang .Ahli tambahan itu sama ada di Sabah atau Sarawak yang dilantik secara bergilir-gilir.Y.Bhg Datuk Abang Haji Marzuki bin Nor dari Sarawak menjdi ahli pertama mewakili 2 negeri berkenaan.Pada tahun 1981,pindaan ke atas perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan Pengerusi.Encik Abdul Rahman Bin Abu Hassan merupakan orang pertama memegang jawatan tersebut.Pada tahun 2002 pindaan kepada Perlembaggan Persekutuan  diluluskan bagi menambahkan keanggotaan ahli suruhanjaya pilihan raya menjadi 7 orang iaitu seorang Pengerusi,imbalan dan 5 orang ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan seorang ahli Serawak.Bagi membolehkan ia menjalanka fungsinya.Suruhanjaya Pilihan Raya membentuk sebuah Urus setiayang diketuai oleh seorang setiausaha.Setiausaha ini berperanan sebagai ketua pentadbir bagi urus setia berkenaan.Setiausaha pertama yang dilantik ialah Encik H.Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga 1958

      Sejak penubuhanya pada tahun 1957 sehingga 1978,Ibu pejabat suruhanjaya terletak di Banguna Sultan Abdul Samad ,Jalan Clark,Kuala Lumpur.Dari tahun 1978 hingga 1985 Suruhanjaya Pilihanraya beroperasi di Bangunan Yayasan Selangor,jalan Bukit Bintang.Kuala Lumpur .pada tahun 1985 ia berpindah Bangunan Tong Ah ,jalan P.Ramlee dan beropersi di sana sehingga  tahun 1988 sebelum berpindah ke aras 5-8 Menara Bank Pembangunan Jalan Sultan Ismail,Kuala Lumpur.Pada bulan November 2000 Ibu pejabat Suruhanjaya berpindah ke lokasi sekarang di Putrajaya

Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya:

1)Membuat kajian dan persempadanan semula bahagaian pilihan raya parlimen dan negeri setiaptidak kurang    8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu
2)Menjalankan urusan pendaftar pemilih dan semakan daftar pemilih
3)Menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri,dan menjalankan pilihan    raya kecil sekiranya berlaku kekosongan

Dasar Suruhanjaya Pilihan raya adalah untuk memelihara,meyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negari melalui pilihan raya yang bebas dan adil

No comments:

Post a Comment