Thursday 26 February 2015


4.2 KEMPEN

  Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka perturan-peraturan khas untuk berkempen,seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.Bagi meastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhajaya mempunyai kuasa dibawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya , seorang wakil dari ibu pejabat pilis daerah, seorang wakil dari pihak bverkuasa tempatan dan seorang wakil tiap-tiap calon yang bertanding


 Pegawai Penguat kuasa betanggungjawab kepada Pegawai Pengurus dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen,ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum , bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan pilhan raya  tidak dilanggar .Suruhanjaya  Pilihan Raya juga akan menubuhkan jawatankuasa di peringkat pusat/negeri bahagian pilihan raya bagi memberi penerangan kepada parti-parti politik,calon-calon atau ejen dan petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya.Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan dan ini perlu diambil  ingatan oleh calon-calon dan petugas parti

No comments:

Post a Comment