Thursday 26 February 2015

3.3 JENIS-JENIS PILIHAN RAYA

A)PILIHAN RAYA UMUM


       Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen.Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan pengubal undang-undang,eksekutif,perundangan dan kerajaan tempatan.Di universiti,ia pula penting untuk memilih wakil persatuan pelajar.Matapelajaran yang berkaitan dengan pilihan raya adalah dipanggil "psefologi"
     
      Terdapat dua jenis pilihanraya iaitu pilihan raya umum ataupun pilihan raya kecil.Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu damada perwakilan berkadar(proportional)atau sistem majoriti(majoritian).Sistem pilihan raya mementingkan pemenang,atau beberapa pemenag menurut pengiraan undi yang diperolehi  setiap calon yang bertanding.Pemenang menjadi tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di parlimen dan terlibat dalam proses pengubalan undang-undang.Oleh itu,cara pemilihanya amat penting dan sepatutunya selari dengan kehendak demokrasi.Selain itu,pilihan raya biasanya dipantau oleh sebuah badan bebas,misalnya di Malaysia di pantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya

B) PILIHAN RAYA KECIL

     Pilihan Raya kecil di Malaysia diadakan sekiranya kerusi Parlimen atau DUN dikongsikan atas apa jua sebab dalam tempoh tiga tahun daripada persidangan pertama pilihan raya umum sebelumya.Pilihan raya kecil ini hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan.Pada kebiasaanya, Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri atau Yang Di-Pertua Dewan Rakayat (PARLIMEN) akan memberi surat berbentuk notis kepada Suruhajaya Pilihanraya MALAYSIA (SPRM).Kemudian SPRM akan menetukan bila pilihan raya kecil didakan.Secara umumnya, banyak pilihan raya kecil didadakan selepas pilihan raya umum, musim pilihanraya umum ke 9(1995)dan ke 12 (2008) merupakan musim dengan bilangan pilihan raya kecil terbanyak.

No comments:

Post a Comment