Thursday 26 February 2015

5.3 PELAJAR

     Di samping masyarakat dan keluarga, pelajar turun memainkan peranan penting dalam pemilihan kerajaan di Malaysia. Sifat ini telah dipupup dan diterapkan sejak pelajar di bangku sekolah rendah lagi. Seperti yang kita maklum, sejak di sekolah rendah lagi pelajar telah digalakkan memilih ketua pelajar mereka. Selain itu, budaya berkempen sebelum pemilihan ketua pelajar turut dipupuk sejak bangku sekolah.

     Manakala ketika di sekolah menengah dan universiti, pelajar diberi peluang yang lebih besar dalam memilih ketua pelajar mereka, ini dapat kita lihat dalam aktiviti berkempen yang dijalankan adalah dalam skala yang lebih besar. Pelajar juga turut di beri peluang menawarkan manifesto mereka dan menjalankan manifesto yang telah dijanjikan sekiranya dipilih.

No comments:

Post a Comment