Saturday 28 February 2015

WRITER OF THIS BLOG
HERO-HERO DPM1A



azharhamzah(HANG TUAH)
azaharihamzah(KAPTEN KAPAL)

fatihariff(HERO GADIS-GADIS)

Thursday 26 February 2015

MARI MENGUNDI PILIHAN RAYA PERTAMA 1955
LAMPIRAN









RUJUKAN
  • Buku rujukan pengajian malaysia (DUB) khusus untuk pelajar politeknik malaysia
  • laman seswang
  • http.wikipedia/proses pilihan raya
  • http.stpm.blogspot/pilihan raya
  • majalah
  • surat khabar
  • perpustakaan politeknik merlimau
  • www.sprm.com
  • perputakaan melimau
  • jurnal
KESIMPULAN

Melalui pilihan raya yang diadakan dapat dirumuskan serta disimpulkan disini bahawa pilihan raya bukan sahaja penting dari segi praktis demokrasi tetapi perkhidmatan rakyat sebagai pengundi amat penting dalam menentukan kerajaan yang memerintah serta formasi system dan proses keadilan social Negara kita.Rakyat menyuarakan kehendak mereka melalui wakil yang mereka pilih dalam pilihan raya
Parti politik yang memperoehi kerusi terbanyak didewan rakyat atau dewan undangan negeri akan membentuk kerajaan. Jika tidak ada mana-mana parti yang menguasai dewan maka boleh ditubuhkan sebuah kerajaan campuran
Warganegara Malaysia adalah bebas menyertai mana-mana parti politik,diikuti pula dengan penglibatan mereka dalam pilihan raya sebagai pengundi.Dalam sesuatu pilihan raya, pelbagai isu dibangkitkan bagi menyakinkan pengundi supaya menyokong parti yang bertanding.Isu perkauman dan kepentingan Negara adalah dua perkara penting yang mencorakan sejarah kempen pilihanaraya di Negara kita

Pilihan raya adalah penting kepada semua warga Negara kerana merekalah yang akan menetukan kerajaan.Keputusan pilihan raya menunjukan sikap pengundi terhadap parti yang memerintah dan parti pembangkang.Pembangkang menjalankan fungsi sebagai pemeriksa dan penimbang kepada parti pemerintah.Dengan adanya pilihanraya,samada pilihanraya umum atau kecil rakyat adalah terlibat dan turut serta dalam proses demokrasi Negara kita
5.3 PELAJAR

     Di samping masyarakat dan keluarga, pelajar turun memainkan peranan penting dalam pemilihan kerajaan di Malaysia. Sifat ini telah dipupup dan diterapkan sejak pelajar di bangku sekolah rendah lagi. Seperti yang kita maklum, sejak di sekolah rendah lagi pelajar telah digalakkan memilih ketua pelajar mereka. Selain itu, budaya berkempen sebelum pemilihan ketua pelajar turut dipupuk sejak bangku sekolah.

     Manakala ketika di sekolah menengah dan universiti, pelajar diberi peluang yang lebih besar dalam memilih ketua pelajar mereka, ini dapat kita lihat dalam aktiviti berkempen yang dijalankan adalah dalam skala yang lebih besar. Pelajar juga turut di beri peluang menawarkan manifesto mereka dan menjalankan manifesto yang telah dijanjikan sekiranya dipilih.
5.2 KELUARGA

   Tanggungjawab mengundi harus dipupuk dalam sesebuah keluarga masyarakat Malaysia.Ini adalah penting dalam memupuk ibu bapa dan anak-anak yang bersama dalam memilih kerajaan Malaysia yang layak memimpin negara Malaysia.
 
   Ibu bapa harus menjadi contoh dan menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak pada masa yang sama menerangkan kepentingan pilihan raya dan kepentingan mengundi di Malaysia.Ini kerana bagaiman acuan begitulah kuihnya.
5.1 MASYARAKAT

Pilihan raya adalah penting terhadap pembangunan masyarakat yang holistik.Ini adalah kerana pilihan raya dapat memupik masyarakat bertanggungjawab terhadap pemilihan kerajaan terhadap sesuatu negara.Walaupun berbeza pendapat dan pandangan terhadap parti politik namun ini adalah penting dalam memjayakan sistem demokrasi berpelembagaan yang diterapkan di negara Malaysia.Justeru setiap inci masyarakat di Malaysia yang layak mengundi diwajibkan mengundi bagi menjalankan tanggungjawab mereka kepada mereka.
5.SEMANGAT PATRIOTISME


Semangat patriotisme merupakan perasaan bangga dan cintakan negara di samping bersedia untuk berkorban apa sahaja demi kepentingan negara. Malah kesetiaan kepada negara dan bangsa juga adalah komponen penting dalam patriotisme.1 Dalam hal ini, Primoratz2 menegaskan bahawa pentakrifan patriotisme sebagai ‘cintakan negara’ sahaja adalah terlalu umum dan cetek. Menurut beliau, pekara yang perlu diberi penekanan dalam menentukan kecintaan seseorang itu kepada negaranya ialah apakah yang akan dilakukan untuk negaranya dan adakah
   

4.2 KEMPEN

  Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka perturan-peraturan khas untuk berkempen,seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.Bagi meastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhajaya mempunyai kuasa dibawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya , seorang wakil dari ibu pejabat pilis daerah, seorang wakil dari pihak bverkuasa tempatan dan seorang wakil tiap-tiap calon yang bertanding


 Pegawai Penguat kuasa betanggungjawab kepada Pegawai Pengurus dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen,ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum , bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan pilhan raya  tidak dilanggar .Suruhanjaya  Pilihan Raya juga akan menubuhkan jawatankuasa di peringkat pusat/negeri bahagian pilihan raya bagi memberi penerangan kepada parti-parti politik,calon-calon atau ejen dan petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya.Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan dan ini perlu diambil  ingatan oleh calon-calon dan petugas parti

4)MENGUATKUASKAN KESTABILAN DALAM SESUATU ORGANISASI POLITIK

4.1 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN DALAM PILIHAN RAYA

          Undang-undang pilihan raya ialah suatu displin yang terletak di persimpangan undang-undang perlembagaan dan sains politik.Bagi memudahkan pelaksanaan pilihan raya,beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal di Malaysia.Undang-undang dan peraturan tersebut adalah seperti berikut:

1)Perlembagaan Persekutuan
2)Perlembagaan Negeri
3)Akta Pilihan Raya1958(Akta 19)
4)Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954(Akta 5)
5)Peraturan-peraturan(Penjalanan Pilihan Raya)Pilihan Raya,1981
6)Peraturan-peraturan(Pendaftaran Pemilih)Pilihan Raya,2002
7)Peraturan-peraturan(Mengundi melalui pos)Pilihan Raya,2003


              Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini berkait secara langsung dengan proses pilihan raya .Terdapat juga beberapa undan-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung deengan proses pilihan raya tetapi memainkan peranan dalam kelancaran perjalanan pilihan raya.Ia termasuklah Akta Polis1962,Akta Hasutan 1970,Akta Rahsia Rasmi 197,dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
3.3 JENIS-JENIS PILIHAN RAYA

A)PILIHAN RAYA UMUM


       Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen.Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan pengubal undang-undang,eksekutif,perundangan dan kerajaan tempatan.Di universiti,ia pula penting untuk memilih wakil persatuan pelajar.Matapelajaran yang berkaitan dengan pilihan raya adalah dipanggil "psefologi"
     
      Terdapat dua jenis pilihanraya iaitu pilihan raya umum ataupun pilihan raya kecil.Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu damada perwakilan berkadar(proportional)atau sistem majoriti(majoritian).Sistem pilihan raya mementingkan pemenang,atau beberapa pemenag menurut pengiraan undi yang diperolehi  setiap calon yang bertanding.Pemenang menjadi tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di parlimen dan terlibat dalam proses pengubalan undang-undang.Oleh itu,cara pemilihanya amat penting dan sepatutunya selari dengan kehendak demokrasi.Selain itu,pilihan raya biasanya dipantau oleh sebuah badan bebas,misalnya di Malaysia di pantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya

B) PILIHAN RAYA KECIL

     Pilihan Raya kecil di Malaysia diadakan sekiranya kerusi Parlimen atau DUN dikongsikan atas apa jua sebab dalam tempoh tiga tahun daripada persidangan pertama pilihan raya umum sebelumya.Pilihan raya kecil ini hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan.Pada kebiasaanya, Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri atau Yang Di-Pertua Dewan Rakayat (PARLIMEN) akan memberi surat berbentuk notis kepada Suruhajaya Pilihanraya MALAYSIA (SPRM).Kemudian SPRM akan menetukan bila pilihan raya kecil didakan.Secara umumnya, banyak pilihan raya kecil didadakan selepas pilihan raya umum, musim pilihanraya umum ke 9(1995)dan ke 12 (2008) merupakan musim dengan bilangan pilihan raya kecil terbanyak.
3.2 FUNGSI PILIHANRAYA


1)Menubuhkan sebuah kerajaan berdemokrasi
2)Mengekalkan pucuk pimpinan
3)Pemilihan calon bagi mengisi jawatan teringgi kerajaan
4)Menguatkan kestabilan dan legitimacy dalam satu organisasi dan komuniti politik
5)Memilih wakil-wakil untuk menerajui pemerintahan negara


3) PENGUNAAN SIMBOL

  Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh mengunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih mana- mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya ,untuk dicetak pada kertas-kertas undi



4)KEMPEN

  Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka perturan-peraturan khas untuk berkempen,seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.Bagi meastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhajaya mempunyai kuasa dibawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya , seorang wakil dari ibu pejabat pilis daerah, seorang wakil dari pihak bverkuasa tempatan dan seorang wakil tiap-tiap calon yang bertanding


 Pegawai Penguat kuasa betanggungjawab kepada Pegawai Pengurus dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen,ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum , bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan pilhan raya  tidak dilanggar .Suruhanjaya  Pilihan Raya juga akan menubuhkan jawatankuasa di peringkat pusat/negeri bahagian pilihan raya bagi memberi penerangan kepada parti-parti politik,calon-calon atau ejen dan petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya.Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan dan ini perlu diambil  ingatan oleh calon-calon dan petugas parti

5)HARI MENGUNDI

Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi.Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12:00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya.Namun demikian,waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia .Bagi kawasan-kawasan pedalaman,unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi.Selain itu,waktu membaung undi mungkin berbeza antara daerah-daerah.Suruhanjaya Pilihanraya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya

3.LEGASI NEGARA BERPALIMEN

 3.1 PROSES PILIHAN RAYA

         Pilihan raya Umum atau Pilihan raya kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengerusan .Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan , menetapkan tarikh tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.




1) HARI PENAMAAN CALON

   Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-calon mengmukakn kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukan oleh calon,pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka .Kertas-kertas penamaan mestilah dikemukankan dianatara pukul 9 pagi hingga 10 pagi pada hari penamaan.

    Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10 pagi hingga 11 pagi untuk diteliti dan bantahan.Dalam kes dimana seorang calon sahaja yang dicadangkan,Pegawai Pengurus akan mengistiharkan calon itu menang tanpa bertanding.



2)PERTARUHAN

   Pertaruhan berjumlah RM 10000 bagi kerusi Parlimen dan 5000 bagi kerusi DUN perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon. Calon akan kehilangan wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5% undi daripada jumlah keseluruhan pengundi yang keluar pada hari pengundian di kawasan tersebut.



 

2.3 KELAYAKAN CALON

Dalam sistem pilihan raya di malaysiacalon yang bertandin boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas.Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat-syarat berikut:

1)Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini
2)Berumur tidak kurang 21 tahun ke pada hari penamaan calon
3)Tinggal di negeri di mana dia akan bertanding

Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:

1)Telah diisytiharkan tidak siuman
2)Didapati bankrap ataupun muflis
3)Berpegang jawatan berkepentingan office of profit
4)Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya
5)Telah memperoleh kewarnegaraan asing
2.2 SEMAKAN DAFTAR CALON


Semakan daftar calon dijalankan di sepanjang tahun seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang.Anda boleh mendaftar di ibu pejabat suruhanjaya pilihan raya,pejabat-pejabat pilihan raya negeri,pejabat-pejabat pos atau melalui unit-unit bergerak suruhanjaya.Daftar daftar calon baru disediakan setiap 3 bulan sekali dan dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan.Selepas pertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siastan awam ,daftar calon untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh suruhanjaya di dalam tempoh sebulan.Semasa semakan daftar induk,nama-nama calon yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan dari bertanding
2.1 PENDAFTAR PEMILIH

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENDAFTAR PEMILIH

-Pendaftar Pemilih sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih.Di samping itu ia membolehkan Pemilih Berdaftar yang sudah bertukar alamat mendaftar di alamat baru.Pemilih juga digalkkan untuk menyemak nama mereka dalam Daftar Pemilih yang sudah disahkan

Wednesday 25 February 2015

1.2 Suruhanjaya Pilihan Raya Dan Pilihan Raya

      Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957mengikut perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.Semasa penubuhanya Suruhanjaya Pilihan Raya dianggotai oleh seorang pengerusi dan 2 orang ahli.Pengerusi pertama suruhanjaya ialah Y.Bhg Dato Dr Mustafa Albakri bin Haji Hassan,manakala ahli-ahlinya terdiri daripada bEncik Lee Ewe Boon dan Encik Ditt Singh
 
      Berikutan dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963 bilangan ahli suruhanjaya ditambah kepada 3 orang .Ahli tambahan itu sama ada di Sabah atau Sarawak yang dilantik secara bergilir-gilir.Y.Bhg Datuk Abang Haji Marzuki bin Nor dari Sarawak menjdi ahli pertama mewakili 2 negeri berkenaan.Pada tahun 1981,pindaan ke atas perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan Pengerusi.Encik Abdul Rahman Bin Abu Hassan merupakan orang pertama memegang jawatan tersebut.Pada tahun 2002 pindaan kepada Perlembaggan Persekutuan  diluluskan bagi menambahkan keanggotaan ahli suruhanjaya pilihan raya menjadi 7 orang iaitu seorang Pengerusi,imbalan dan 5 orang ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan seorang ahli Serawak.Bagi membolehkan ia menjalanka fungsinya.Suruhanjaya Pilihan Raya membentuk sebuah Urus setiayang diketuai oleh seorang setiausaha.Setiausaha ini berperanan sebagai ketua pentadbir bagi urus setia berkenaan.Setiausaha pertama yang dilantik ialah Encik H.Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga 1958

      Sejak penubuhanya pada tahun 1957 sehingga 1978,Ibu pejabat suruhanjaya terletak di Banguna Sultan Abdul Samad ,Jalan Clark,Kuala Lumpur.Dari tahun 1978 hingga 1985 Suruhanjaya Pilihanraya beroperasi di Bangunan Yayasan Selangor,jalan Bukit Bintang.Kuala Lumpur .pada tahun 1985 ia berpindah Bangunan Tong Ah ,jalan P.Ramlee dan beropersi di sana sehingga  tahun 1988 sebelum berpindah ke aras 5-8 Menara Bank Pembangunan Jalan Sultan Ismail,Kuala Lumpur.Pada bulan November 2000 Ibu pejabat Suruhanjaya berpindah ke lokasi sekarang di Putrajaya

Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya:

1)Membuat kajian dan persempadanan semula bahagaian pilihan raya parlimen dan negeri setiaptidak kurang    8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu
2)Menjalankan urusan pendaftar pemilih dan semakan daftar pemilih
3)Menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri,dan menjalankan pilihan    raya kecil sekiranya berlaku kekosongan

Dasar Suruhanjaya Pilihan raya adalah untuk memelihara,meyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negari melalui pilihan raya yang bebas dan adil

1 Penubuhan Kerajaan

    
1.1SEJARAH PENUBUHAN




Sejarah Penubuhan Malaysia bermula pada 27 Mei 1961, apabila Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengumumkan di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura mengenai rancangan untuk mengabungkan Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak didalam satu kerjasama Politik. Antara tujuan utamanya adalah untuk membendung pengaruh Komunis, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi negeri-negeri terbabit.


      Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia dan tuntutan Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia.


     Pada 23 Julai 1961. semasa Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Antara tujuan Jawatankuasa ini dibentuk adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Mesyuarat pertama diadakan di Sabah pada Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada 18-20 Disember 1961 dan di Kuala Lumpur pada 6-7 Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah diadakan di Singapura pada 3-4 Februari 1962.


   Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan pada 17 Januari 1962 yang di anggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada kerajaan British. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia.


    Pada 3-4 Februari 1962, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia. Selain itu, memorandum itu juga bersetuju supaya perlembagaan Tanah Melayu dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia, perlunya ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan juga mengenai agama Islam diterima sebagai agama rasmi.

    

Upacara pengisytiharan kemerdekaan Malaysia.


   Pada 21 Jun 1962, Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Laporan itu turut memuatkan cadangan-cadangan daripada ahli-ahli Suruhanjaya berhubung beberapa perkara yang dinyatakan melalui memorandum-memorandum yang diterimanya. Tunku Abdul Rahman Putra telah membentuk sebuah Jawatankuasa untuk mengkaji laporan itu yang telah dipengerusikan oleh beliau sendiri dan anggota-anggota yang lain terdiri dari Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri), Tan Siew Sin (Menteri Kewangan), Datuk (Dr) Ismail Dato’ Abdul Rahman (Menteri Keselamatan Dalam Negeri) dan Datuk V.T. Sambanthan (Menteri Kerja Raya dan Telekom). 
    

    2 Minggu selepas itu, Pada 9 Julai 1963, satu Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Nama mereka boleh dibaca didalam artikel; Nama Wakil Perjanjian Penubuhan Malaysia. Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963.
Ahli Suruhanjaya Cobbold


      Pada 22 Julai 1963, Gabenor British Terakhir di Sarawak, Sir Alexander Waddell meninggalkan astana Fort Margherita dengan perahu putih menyeberangi Sungai Sarawak. Pada hari itu, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Sarawak dinaikkan di menara utama Fort Margherita. Ia merupakan simbolik penyerahan oleh kerajaan British kepada kerajaan Sarawak. Pada hari sama, Sir Alexander mengeluarkan satu proklamasi bagi membentuk Supreme Council baharu dan melantik Pengerusi Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) ketika itu, Datuk Stephen Kalong Ningkam sebagai Ketua Menteri Pertama. Ia juga membawa kepada pembentukan Kabinet Menteri Sarawak yang pertama dianggotai Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Datuk Amar James Wong Kim Min, Datuk Amar Dunstan Endawie, Datuk Awang Hipni Pengiran Anu dan Datuk Teo Kui Seng.


   Pada 31 Ogos 1963, Sir William Goode, Gabenor terakhir Borneo Utara telah meninggalkan Sabah dan mengisytiharkan Borneo Utara membentuk kerajaan sendiri serta memberi kepercayaan penuh kepada Donald Stephens, Ketua menteri Sabah.


   Persediaan rapi telah dibuat untuk menyambut Penubuhan Malaysia pada tahun 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana tentangan yang berterusan dari Filipina dan Indonesia menyebabkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menghantar satu misi ke Borneo pada 1963, yang turut melaporkan bahawa pandangan awam rata-rata menyokong penubuhan Malaysia. Laporan penuh Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.


    Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara itu telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.


    Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.

ii. OBJEKTIF

Objektif perlaksanaan blog ini adalah seperti berikut;

  1. Mengenalpasti bagaimana menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi
  2. Mengenalpasti pemilihan pemimpin dalam kerajaan
  3. Mengetahui cara meneruskan legasi negara demokrasi berpalimen
  4. Mengenalpasti cara untuk menguatkan kestabilan dalam satu organisassi dan komuniti politik
  5. Mengenalpasti semangat meningkatkan patriotisme dikalangan rakyat MALAYSIA

i. PENDAHULUAN

      Negara yang mengamalkan sistem demokrasi pasti akan mengadakan pilihan raya umtuk mengundi pemimpin yang mereka pilih.Terdapat beberapa definisi ddari pelbagai sumber tentang pilihan raya .Pilihan raya boleh dijalankan dalam mana-mana organisasi samada swasta atau syarikat,kesatuan kerja untuk memilih wakil mereka atau menyelesaikan satu-satu masalah dasar atau badan institusi kerajaan  
   
     .Umum menyifatkan pilihan raya sebagai satu cara membuat pilihan politik melalui undian.Pilihan raya digunakan untuk memilih pemimpin dan menentukan sesuatu isu.Melalui pilihan raya pengundi boleh memilih calon yang dikemukakan ataupun dicadangkan kepada mereka untuk menyelesaikan sesuatu isu-isu masyarakat.

      Menurut kamus dewan bahasa edisi keempat pilihan raya ialah pemilihan umum yang diadakan untuk memilih wakil di parlimen undangan negeri dan sebagainya.Manakala dalam buku 50 fakta asas kenegaraan pilihan raya adalah satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokrasi untuk menetukan penubuhan kerajaan.Baik di peringkat persekutuan atau negeri dan akta pilihan raya 1995 menafsirkan pilihan raya adalah satu pilihan rayaadalah satu pilhan raya parlimen negeri mengikut nama berkenaan(Lembaga Penyelidikan Undang-Undang)

     Di Malaysia sistem pilihan raya yang diguna pakai adalah berdasarkan satu kawasan wakil.Iaitu dimana calon yang mendapat undi yang terbanyak akan diisytiharkan menang.Calon tunggal akan menang tanpa bertanding .Seterusnya pakatan parti yang mewakili jumlah kerusi terbanyak dalam parlimen atau dewan undangan negeri akan menguasai dewan atau parlimen