Saturday 28 February 2015

WRITER OF THIS BLOG
HERO-HERO DPM1A



azharhamzah(HANG TUAH)
azaharihamzah(KAPTEN KAPAL)

fatihariff(HERO GADIS-GADIS)

Thursday 26 February 2015

MARI MENGUNDI PILIHAN RAYA PERTAMA 1955
LAMPIRAN









RUJUKAN
  • Buku rujukan pengajian malaysia (DUB) khusus untuk pelajar politeknik malaysia
  • laman seswang
  • http.wikipedia/proses pilihan raya
  • http.stpm.blogspot/pilihan raya
  • majalah
  • surat khabar
  • perpustakaan politeknik merlimau
  • www.sprm.com
  • perputakaan melimau
  • jurnal
KESIMPULAN

Melalui pilihan raya yang diadakan dapat dirumuskan serta disimpulkan disini bahawa pilihan raya bukan sahaja penting dari segi praktis demokrasi tetapi perkhidmatan rakyat sebagai pengundi amat penting dalam menentukan kerajaan yang memerintah serta formasi system dan proses keadilan social Negara kita.Rakyat menyuarakan kehendak mereka melalui wakil yang mereka pilih dalam pilihan raya
Parti politik yang memperoehi kerusi terbanyak didewan rakyat atau dewan undangan negeri akan membentuk kerajaan. Jika tidak ada mana-mana parti yang menguasai dewan maka boleh ditubuhkan sebuah kerajaan campuran
Warganegara Malaysia adalah bebas menyertai mana-mana parti politik,diikuti pula dengan penglibatan mereka dalam pilihan raya sebagai pengundi.Dalam sesuatu pilihan raya, pelbagai isu dibangkitkan bagi menyakinkan pengundi supaya menyokong parti yang bertanding.Isu perkauman dan kepentingan Negara adalah dua perkara penting yang mencorakan sejarah kempen pilihanaraya di Negara kita

Pilihan raya adalah penting kepada semua warga Negara kerana merekalah yang akan menetukan kerajaan.Keputusan pilihan raya menunjukan sikap pengundi terhadap parti yang memerintah dan parti pembangkang.Pembangkang menjalankan fungsi sebagai pemeriksa dan penimbang kepada parti pemerintah.Dengan adanya pilihanraya,samada pilihanraya umum atau kecil rakyat adalah terlibat dan turut serta dalam proses demokrasi Negara kita
5.3 PELAJAR

     Di samping masyarakat dan keluarga, pelajar turun memainkan peranan penting dalam pemilihan kerajaan di Malaysia. Sifat ini telah dipupup dan diterapkan sejak pelajar di bangku sekolah rendah lagi. Seperti yang kita maklum, sejak di sekolah rendah lagi pelajar telah digalakkan memilih ketua pelajar mereka. Selain itu, budaya berkempen sebelum pemilihan ketua pelajar turut dipupuk sejak bangku sekolah.

     Manakala ketika di sekolah menengah dan universiti, pelajar diberi peluang yang lebih besar dalam memilih ketua pelajar mereka, ini dapat kita lihat dalam aktiviti berkempen yang dijalankan adalah dalam skala yang lebih besar. Pelajar juga turut di beri peluang menawarkan manifesto mereka dan menjalankan manifesto yang telah dijanjikan sekiranya dipilih.
5.2 KELUARGA

   Tanggungjawab mengundi harus dipupuk dalam sesebuah keluarga masyarakat Malaysia.Ini adalah penting dalam memupuk ibu bapa dan anak-anak yang bersama dalam memilih kerajaan Malaysia yang layak memimpin negara Malaysia.
 
   Ibu bapa harus menjadi contoh dan menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak pada masa yang sama menerangkan kepentingan pilihan raya dan kepentingan mengundi di Malaysia.Ini kerana bagaiman acuan begitulah kuihnya.