Thursday 26 February 2015



3) PENGUNAAN SIMBOL

  Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh mengunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih mana- mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya ,untuk dicetak pada kertas-kertas undi



4)KEMPEN

  Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka perturan-peraturan khas untuk berkempen,seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.Bagi meastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhajaya mempunyai kuasa dibawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya , seorang wakil dari ibu pejabat pilis daerah, seorang wakil dari pihak bverkuasa tempatan dan seorang wakil tiap-tiap calon yang bertanding


 Pegawai Penguat kuasa betanggungjawab kepada Pegawai Pengurus dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen,ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum , bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan pilhan raya  tidak dilanggar .Suruhanjaya  Pilihan Raya juga akan menubuhkan jawatankuasa di peringkat pusat/negeri bahagian pilihan raya bagi memberi penerangan kepada parti-parti politik,calon-calon atau ejen dan petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya.Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan dan ini perlu diambil  ingatan oleh calon-calon dan petugas parti

5)HARI MENGUNDI

Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi.Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12:00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya.Namun demikian,waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia .Bagi kawasan-kawasan pedalaman,unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi.Selain itu,waktu membaung undi mungkin berbeza antara daerah-daerah.Suruhanjaya Pilihanraya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya

No comments:

Post a Comment